Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Drama Setulus Janji Karya Aina Emir di TV1

Imej
Assalamualaikum..... Kepada para peminat Azlee Khairi tentu ternanti-nanti kemunculan drama terbaharu Azlee Khairi selepas drama rantaian di slot Akasia TV3 iaitu Love You Mr Arrogant. Untuk drama ini Azlee Khairi akan digandingkan dengan Rafidah Ibrahim. Azlee Khairi akan muncul dalam drama adaptasi novel terbaharu Setulus Janji yang khabarnya akan ditayangkan di TV1. Untuk makluman drama Setulus Janji merupakan novel karya Aina Emir terbitan KarnaDya Solutions. JUDUL : SETULUS JANJI EPISOD : 26 episod TARIKH / MASA : 17 Oktober 2015 (Sabtu dan Ahad, 7.05 malam)  SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM) SKRIP: Puan Aina Emir. PENGARAH : Harris Fadzillah Abd Samad  TERBITAN : Gama Taktik Sdn Bhd PELAKON : Fida Ibrahim, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Fahrin Ahmad, Elfira Loy, Dian P.Ramlee, Nurlini Rahim, Hafizuddin Fazil, Roy Azman, Watie Sadali, Nurul Aini, Leez Rosli WATAK PELAKON Azlee Khairi sebagai Dr. Ilham Fida Ibrahim  sebagai Insyirah Shah Iskandar se

Hafiz Hamidun dan Dato' Siti Nurhaliza diiktiraf Individu Paling Berpengaruh Dalam The World’s 500 Most Influential Muslims

Imej
Assalamualaikum.......... PETALING JAYA:  Penyanyi Hafiz Hamidun menyifatkan pengiktirafan kepadanya sebagai selebriti Islam paling berpengaruh menerusi keluaran baharu majalah  The Muslim 500  edisi 2016 memberi peluang untuk dia memperkenalkan diri dan karya muzik ke peringkat antarabangsa. Pengiktirafan itu meneruisi  The World’s 500 Most Influential Muslims   bagi kategori Kesenian dan Kebudayaan. Hafiz, 31, berkata, dia tidak sangka namanya dipilih memandangkan ramai lagi calon lain lebih berpengaruh berbanding dirinya. “Alhamdulillah saya melihat pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus berjaya sebagai seorang penggiat seni muzik Islam. “Walaupun saya tahu ada juga pihak mempertikaikan pemilihan ini, namun saya akan menunjukkan bahawa pengiktirafan yang diberi ini tidak sia-sia. “Selepas ini saya juga akan menambahkan ilmu agama Islam terutamanya berkaitan dengan seni dan kebubudayaan Islam,” katanya yang dihubungi  mStar Online  pada Ahad.  

Drama Kau, Aku, Kita

Imej
Assalamualaikum..... Kepada peminat drama bersiri Slot Lestary di TV3 drama Kau, Aku, Kita yang diadaptasi dari novel karya Orkid Edyliyne akan menemui penonton bermula 28 Oktober 2015 ini.  KAU, AKU, KITA EPISOD : 13 TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015  SIARAN : Slot Lestary TV3 NOVELIS : Orkid Edyliyne SKRIP: Rehal Nuharis PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd PELAKON UTAMA : Syarul Ridzwan & Janna Nick SINOPSIS NOVEL KAU, AKU DAN KITA Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (watak lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (watak perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’. Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapa