Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Syurga Nur Drama Baru Slot Akasia TV3

Imej
    Assalamualaikum......       Bermula pada hari ini Slot Akasia TV3 akan membawakan drama baru. Drama terbitan daripada JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri yang berjudul 'Syurga Nur'. Drama bukan daripada adaptasi novel. Dibawah teraju sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang menampilkan pelakon baru Janna Nick yang digandingkan dengan Amar Asyraf. Turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi. Saksikannya bermula 1 Julai nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di saluran TV3 iaitu sebanyak 28 episod.  SINOPSIS SYURGA NUR        Jom kita ikuti sinopsisnya yang mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak

Perkhidmatan Tren Elektrik( ETS) KL-Padang Besar Beroperasi 1 Julai

Imej
Assalamualaikum..... Ini ada berita gembira untuk warga kota yang ingin pulang berhari raya ke utara yang sedang mencari alternatif untuk pulang beraya di kampung. Khabarnya perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini. Presiden Keretapi Tanah Me-layu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan berkata, perancangan operasi telah disiapkan oleh KTMB dan berkemungkinan orang ramai yang ingin pulang ke utara untuk menyambut Aidilfitri boleh menggunakan perkhidmatan tersebut. “Walau bagaimanapun, kami masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum perkhidmatan tersebut boleh digunakan orang ramai. “Setakat ini, hasil perbincangan bersama pihak SPAD menunjukkan gambaran yang amat positif malah kami berharap mereka akan memberi kelulusan secepat mungkin setelah melakukan beberapa siri ujian keselamatan bertujuan menjamin keselamatan penumpang,” katanya. Dalam perkembanga

Kad Diskaun 1Malaysia

Imej
Contoh Kad Diskaun 1Malaysia Kuala Lumpur: Suasana ekonomi yang sentiasa berubah mengakibatkan golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah terhimpit dengan desakan pasaran. Menyedari kesulitan yang dialami rakyat negara ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan enam Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) menerusi kerjasama pintar dengan rakan dagang bagi memberi potongan harga barangan dan perkhidmatan kepada orang ramai.       Melalui inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, enam kad mengikut kesesuaian pengguna diperkenalkan iaitu Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), Kad Privilege 1Malaysia (1MPC), Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Kad Pesara Kerajaan Malaysia dan Kad Bekas Tentera (KBT).       Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, program itu bermatlamat membantu golongan yang memerlukan seperti pelajar, OKU dan pesara memanfaatkan kuasa pembelian optimum. “Ka

Juadah Berbuka di Bazar Ramadhan

Imej
Assalamualaikum...... Alhamdullillah hari ini sudah 12 hari kita berpuasa. Di bulan Ramadhan ni pasti kita terfikir dan tercari-cari juadah untuk berbuka puasa. Selalunya di bulan puasa ni juadah yang mudah diperolehi tentulah di Bazar Ramadhan. Jom kita terjah tengok menu popular kat Bazar Ramadhan. JUADAH BERBUKA PUASA KEBAB DAN ROTI JOHN AYAM GOLEK KAMBING PANGGANG MEE GORENG MAMAK MURTABAK KOEWTIU KERANG IKAN TERUBUK BAKAR

Episod Akhir Drama Dia Isteri Luar Biasa

Imej
Assalamualaikum...      Drama Dia Isteri Luar Biasa melalui slot Akasia TV3 akan melabuhkan tirainya pada minggu ini iaitu pada 30 Jun 2015 (Selasa). Jom kita ikuti episod akhir ini daripada terbitan Pena Creative iaitu produksi milik Puan Ziela Jalil yang membariskan pelakon utamanya iaitu Fathiya Latif dan Shukri Yahya sebagai teraju utama drama ini.

Kacang Botol Goreng

Imej
BAHAN-BAHAN: 300gm kacang botol | dipotong (ikut suka nak potong mcm mana) 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2.5cm belacan | dibakar terlebih dahulu 1-2 tangkai cili merah (klu nak pedas boleh tambah cili api) 1 sudu makan ikan bilis | dibersihkan (klu nak gantikan dgn udang kering pun boleh) 1/2 cawan air (nak kuah lebih tambah air) Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MEMASAK: 1. Tumbuk @ blender bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah, dan belacan hingga lumat. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan kacang botol dan ditumis seketika 4. Akhir sekali, masukkan sedikit air dan perasakan secukupnya. Sedia untuk dimakan.

Fenomena Lagu Kun Anta Oleh Humood AlKhudher

Imej
Assalamualaikum... Sempena dengan bulan Ramadhan ni kita kongsi lagu dari Timur Tengah pulak yang tengah meletop la ni... Penyanyinya adalah Humood AlKhudher. Humood Alkhudher ni penyanyi yang berasal dari kuwait telah menjadi kegilaan sekarang ni. Tambahan pula lagunya iaitu Kun Anta tengah meletup sekarang ni. Kun Anta adalah lagu yang membuatkan nama Humood Alkhudher menjadi terkenal hingga ke malaysia,di samping itu juga lagu Kun Anta berjaya trending di internet dan untuk pengetahuan anda semua lagu Kun Anta mendapat 13,031,736 views di youtube setakat ini. Dibawah saya kongsikan  Biodata   Humood Alkhudher Humood Alkhudher Biodata Nama : Humood Alkhudher Tempat Lahir : Kuwait Tahun Lahir : 1989 Umur 2015 : 26 Tahun Status : Berkhawin Lagu : Kun Anta, Keep Me True, Lughat Al’Aalam Sumber asal :  Biodata Penuh Penyanyi Lagu Kun Anta Humood Alkhudher Lirik lagu Kun Anta  Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم Ketika ingin bersaing d

Majlis Perkahwinan Blogger Fatin Liyana

Imej
Assalamualaikum.............     Dalam post yang terdahulu kita dah tengok majlis akad nikah blogger Fatin Liyana. Apa kata kita tinjau pula gambar sekitar majlis perkahwinannya dan pasangan Dr Fazal Anwar. Majlis persandingan atau resepsi kedua pasangan ini telah diadakan pada 14 Jun 2015 di Putrajaya. Semua gambar tersebut adalah dari photographer Maroon Production . CANTIK BAGAIKAN SANG PUTERI SAMA CANTIK SAMA PADAN BAGAIKAN PINANG DIBELAH DUA SEMOGA PERKAHWINAN DR FATIN LIYANA DAN DR FAZAL ANWAR BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT....AMIN

Lokasi Bazar Ramadhan di Sekitar Alor Setar dan Jitra Kedah

Imej
Assalamualaikum..... Sempena bulan Ramadhan ni kita pasti akan mengujungi bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan manakah yang menjadi pilihan kita? Ini antara Bazar Ramadhan di sekitar Alor Setar dan Jitra. -Taman Ria, Sungai Petani -Stadium Darul Aman, Alor Setar - Simpang Empat, Alor Setar -Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar  -Pantai Johor, Alor Setar  -Kota Sarang Semut  - Kuala Kedah  - Peremba  -Simpang Kuala  -Mydin (Taman Saga) - Taman Wira, Mergong - Tandop - Kuala Sungai - Pokok Sena - Langgar -Mergong Jaya - Bandar Darulaman -Taman Suria -Changlun Ini tidak termasuk di Kulim, Gurun, Kuala Nerang, Bandar Baharu dan sekitar bandar kecil yang lain. Memang sedap masakan utara ini. Jom kita pi Bazar Ramadhan. ORANG RAMAI MENGUNJUNGI BAZAR RAMADHAN AYAM PERCIK ANEKA KUIH-MUIH MURTABAK

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2015/1436H

Imej
Assalamualaikum...... Jadual dekat bawah ni adalah jadual berbuka puasa dan jugak imsak bagi zon-zon berbeza di Negeri Kedah. Harap-harap orang yang duduk Kedah boleh gunakan jadual-jadual ni sebagai rujukan untuk bersahur dan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ni..... Zon 1: Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena Zon 2: Pendang, Kuala Muda dan Yan Zon 3: Padang Terap dan Sik Zon 4: Baling Zon 5: Kulim dan Bandar Baharu Zon 6: Langkawi Zon 7: Puncak Gunung Jerai

Menu Bersahur

Imej
Assalamualaikum........ Bila tibanya bulan Ramadhan kita pastia tercari-cari dan terfikir menu untuk berbuka puasa dan bersahur. Biasanya untuk bersahur kita ingainkan menu yang panas dan ringkas. Mudah disediakan dan enak dimakan. Jadual makan harian pun akan berubah. Di awal pagi lagi kita terpaksa bangun.  Bukan kata anak-anak kecil aje yang liat bangun sahur, yang remaja dan dewasa pun sayang nak tinggalkan bantal dan mimpi indah. Sampai ada yang tak mau bangun sahur kerana lagi enak diulit mimpi. Bila siang hari barulah masing-masing mengeluh dan ada juga yang bising  mengapa tak dikejutkan untuk bangun sahur.. Apa pula pendekatan yang kita ambil sebagai ibu untuk mengalakkan anak-anak supaya bangun sahur? Mestilah dengan menyediakan menu yang boleh menarik perhatian mereka supaya berselera untuk bersahur. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi.

Pengertian Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

Imej
Assalamualaikum...tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Marilah kita menghayati pengertian puasa dan kelebihan yang ada di bulan Ramadhan ini Pengertian puasa Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Dalil Wajib puasa Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut: Al-Quran: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. Hadis: Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Musli

Gempa Bumi di Sabah Pengajaran Buat Kita

Imej
Assalamualaikum...       Tanggal 5 Jun 2015 merupakan satu dugaan besar kepada Malaysia, khususnya negeri di bawah bayu, Sabah. Gegaran sekuat 5.9 skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat di negeri ini khususnya daerah Ranau yang terjejas teruk.      Malah, kejadian gempa bumi yang tidak disangka ini meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa yang terdiri daripada pendaki dan malim gunung. Walaupun sebelum ini kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Nepal kita tidak menyangka dalam tempoh terdekat negara kita akan dilanda dengan ujian ini.      Adakah kita seringkali lupa mengapa ujian ini Allah duga kepada hambanya? Kerana ALLAH YANG BERKUASA atas sesuatu itu.Setiap sesuatu itu ada pengajaran yang boleh kita ambil. Walaupun kejadian gempa bumi ini tidak pernah terjadi di negara ini tetapi apabila DIA mengkehendakinya kita sebagai hamba-NYA hendaklah redha.     Semoga kita dapat menginsafi diri dan diberi ketabahan untuk menghadapi segala ujian dari-NYA

Foto pernikahan Doktor Fatin Liyana - Dr Anwar Fazal.

Imej
Tahniah diucapkan kepada blogger yang juga seorang doktor, Fatin Liyana Asri yang telah selamat diijabkabulkan dan menjadi isteri yang sah kepada jejaka kacak yang juga seorang doktor, Anwar Fazal. Rupa-rupanaya Dr Anwar fazal merupakan sepupu kepada pengarah muda yang tertkenal Di Malysia iaitu Samsul Yusof. Itupun baru kutahu stelah terbaca blog hasrulhassan.com. Selalu juga ikuti perkembangannya melalui blog yang comel juga tu heneykoyuki.blegspot.com. Fatin Liyana Asri ni merupakan blogger yang cantik dan bijak . Semoga perkahwinan tersebut berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ucapan Salam dan Doa Untuk Anak

Assalamualaikum semua......... Ada satu DOA yang amat mudah dan pendek yang paling senang untuk diamalkan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka tetapi sering ibubapa terlepas pandang oleh itu marilah kekawan kita cuba mengamalkan DOA yang sangat mujarab ini...DOA yang mujarab itu adalah ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA ...(sebutkan nama penuh anak) Ya itu sahaja baris doanya mudahkan? kita semua selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Mari kita catatkan mengapa doa initerlalu istimewa untuk anak-anak kita. Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak itu. Mari kita tengok makna terkandung dari  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH. 1-ASSALAM : SEJAHTERA  Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu it