Syurga Nur Drama Baru Slot Akasia TV3
Assalamualaikum......
Bermula pada hari ini Slot Akasia TV3 akan membawakan drama baru. Drama terbitan daripada JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri yang berjudul 'Syurga Nur'. Drama bukan daripada adaptasi novel. Dibawah teraju sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang menampilkan pelakon baru Janna Nick yang digandingkan dengan Amar Asyraf. Turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi. Saksikannya bermula 1 Julai nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di saluran TV3 iaitu sebanyak 28 episod.
SINOPSIS SYURGA NUR
Jom kita ikuti sinopsisnya yang mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
![]() |
BARISAN PELAKON YANG MEMBINTANGI DRAMA INI |
![]() |
PELAKON UTAMA DRAMA INI AMAR ASYRAF DAN JANNA NICK |
Ulasan
Catat Ulasan