Menu Bersahur
Assalamualaikum........
Bila tibanya bulan Ramadhan kita pastia tercari-cari dan terfikir menu untuk berbuka puasa dan bersahur. Biasanya untuk bersahur kita ingainkan menu yang panas dan ringkas. Mudah disediakan dan enak dimakan. Jadual makan harian pun akan berubah. Di awal pagi lagi kita terpaksa bangun.
Bukan kata anak-anak
kecil aje yang liat bangun sahur, yang remaja dan dewasa pun sayang nak
tinggalkan bantal dan mimpi indah. Sampai ada yang tak mau bangun sahur kerana
lagi enak diulit mimpi.
Bila siang hari
barulah masing-masing mengeluh dan ada juga yang bising mengapa tak
dikejutkan untuk bangun sahur..
Apa pula pendekatan
yang kita ambil sebagai ibu untuk mengalakkan anak-anak supaya bangun sahur? Mestilah dengan menyediakan menu yang boleh menarik perhatian mereka supaya berselera untuk bersahur.
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Apa kata kita cuba dan kongsi resipi di bawah:
AYAM GORENG BEREMPAH
6-10 ketul ayam (ikut suka nak ambil bhgn mana)
Bahan dikisar halus:
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup ( boleh diganti dengan kunyit hidup)
- 2 batang serai
- 3 sudu besar serbuk kari daging
- 3 sudu besar tepung jagung
- beberapa helai daun limau purut
- 2 sudu besar serbuk beriyani (optional)
- 1 kiub pati ayam (optional)
- 1 sudu besar serbuk cili
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar madu
- Sedikit lada hitam kisar
- Garam secukup rasa
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng supaya ayam terendam
Cara-cara:
Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu.
Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar
Celupkan ayam ke dalam putih telur
Golekkan ayam di atas emping jagun hingga bersalut sempurna
Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana
Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya

sedap..sedap..perap dari malam ni biar serasa..hihihi tapi xgolek ngan emping jagung blh tak?
BalasPadam