Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Drama Tersuka Tanpa Sengaja

Imej
Assalamualaikum..... Bila tengok aje iklan untuk drama ni di Asro Ria, nampak menarik pulak gandingan Amar Baharin dan Emma Maembong. Jom kita tengok review apa yang menarik tentang drama ni. JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA EPISOD : 16 episod TARIKH / MASA : 7 Disember 2015, Isnin-Khamis jam 10 malam SIARAN : Astro Ria NOVELIS: Pena Kayu SKRIP: Wan Mahani binti Wan Hassan PENGARAH : Keoi Haji Khalid TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi WATAK PELAKON Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif Emma Maembong sebagai Farhah Amyra Rosli sebagai Katrina Hafreez Adam sebagai Doktor Armand Natasha Elyzza sebagai Azrina Kuza sebagai Datin Khalida Watie Sadali sebagai Kak Naila Azri Iskandar sebagai Dato Alias Ajeera Rosli sebagai Linda SINOPSIS NOVEL TERSUKA TANP

Syarul Ridzwan dan Amyra Rosli Digandingkan Dalam Drama Seindah Takdir Cinta

Imej
Assalamualaikum.......... Untuk para peminat syarul ridzwan dan amyra rosli pasti ternanti-nantikan drama Seindah Takdir Cinta yang bakal mengandingkan mereka berdua. Khabarnya drama ini akan disiarkan dalam slot Akasia TV3 untuk tahun 2016. Sumber daripada ig syarul ridzwan

Drama Adaptasi Novel Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Imej
                           Gandingan Aaron Aziz & Zara Zya            Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini Assalamualaikum.... Bagi para peminat dunia penulisan terutamanya para pengemar novel Tuan Anas Mikael karya penulis Syamnuriezmil pasti ternanti-nanti drama yang diadaptasi ini dari versi cetak ke lakon layar tv. Drama ini akan menemui penonton pada 9 November 2015 jam 10.00 malam di Astro Ria. JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL EPISOD : 16 episod TARIKH / MASA : 9 November 2015 (Isnin-Khamis, 10.00 malam) SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123 PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim , Dato Chef Wan WATAK PELAKON Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael Zara Zya sebagai Ayu Maisarah Raja Ilya sebagai Safra Ariana

Drama Setulus Janji Karya Aina Emir di TV1

Imej
Assalamualaikum..... Kepada para peminat Azlee Khairi tentu ternanti-nanti kemunculan drama terbaharu Azlee Khairi selepas drama rantaian di slot Akasia TV3 iaitu Love You Mr Arrogant. Untuk drama ini Azlee Khairi akan digandingkan dengan Rafidah Ibrahim. Azlee Khairi akan muncul dalam drama adaptasi novel terbaharu Setulus Janji yang khabarnya akan ditayangkan di TV1. Untuk makluman drama Setulus Janji merupakan novel karya Aina Emir terbitan KarnaDya Solutions. JUDUL : SETULUS JANJI EPISOD : 26 episod TARIKH / MASA : 17 Oktober 2015 (Sabtu dan Ahad, 7.05 malam)  SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM) SKRIP: Puan Aina Emir. PENGARAH : Harris Fadzillah Abd Samad  TERBITAN : Gama Taktik Sdn Bhd PELAKON : Fida Ibrahim, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Fahrin Ahmad, Elfira Loy, Dian P.Ramlee, Nurlini Rahim, Hafizuddin Fazil, Roy Azman, Watie Sadali, Nurul Aini, Leez Rosli WATAK PELAKON Azlee Khairi sebagai Dr. Ilham Fida Ibrahim  sebagai Insyirah Shah Iskandar se

Hafiz Hamidun dan Dato' Siti Nurhaliza diiktiraf Individu Paling Berpengaruh Dalam The World’s 500 Most Influential Muslims

Imej
Assalamualaikum.......... PETALING JAYA:  Penyanyi Hafiz Hamidun menyifatkan pengiktirafan kepadanya sebagai selebriti Islam paling berpengaruh menerusi keluaran baharu majalah  The Muslim 500  edisi 2016 memberi peluang untuk dia memperkenalkan diri dan karya muzik ke peringkat antarabangsa. Pengiktirafan itu meneruisi  The World’s 500 Most Influential Muslims   bagi kategori Kesenian dan Kebudayaan. Hafiz, 31, berkata, dia tidak sangka namanya dipilih memandangkan ramai lagi calon lain lebih berpengaruh berbanding dirinya. “Alhamdulillah saya melihat pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus berjaya sebagai seorang penggiat seni muzik Islam. “Walaupun saya tahu ada juga pihak mempertikaikan pemilihan ini, namun saya akan menunjukkan bahawa pengiktirafan yang diberi ini tidak sia-sia. “Selepas ini saya juga akan menambahkan ilmu agama Islam terutamanya berkaitan dengan seni dan kebubudayaan Islam,” katanya yang dihubungi  mStar Online  pada Ahad.  

Drama Kau, Aku, Kita

Imej
Assalamualaikum..... Kepada peminat drama bersiri Slot Lestary di TV3 drama Kau, Aku, Kita yang diadaptasi dari novel karya Orkid Edyliyne akan menemui penonton bermula 28 Oktober 2015 ini.  KAU, AKU, KITA EPISOD : 13 TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015  SIARAN : Slot Lestary TV3 NOVELIS : Orkid Edyliyne SKRIP: Rehal Nuharis PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd PELAKON UTAMA : Syarul Ridzwan & Janna Nick SINOPSIS NOVEL KAU, AKU DAN KITA Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (watak lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (watak perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’. Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapa

10 Perkara Yang perlu Dihindari Di Saat Kegawatan Ekonomi

Imej
Assalamualaikum....... Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kepada negara dan juga rakyat. Nilai matawang negara kita jatuh merudum dan sehingga semalam, RM 1 bersamaan dengan 4.21 US Dollar. Kesan daripada ekonomi yang tidak menentu ini, segelintir rakyat Malaysia menerima tempiasnya. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang dibayar gaji rendah, perbelanjaan harian meningkat dan lain-lain. Jadi berikut 10 perkara yang seeloknya jangan dilakukan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil ini. 1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’ 2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai kereta baru, kalau nak jugak ambil logo kereta tu tampal jer  tak mengapa. 3. Jangan bina hutang baru. Yang lama klu boleh kambus/selesai cepat-cepat selesaikan. 4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna. 5. Jangan lupa sedekah, walau kita pun saat ini sedang sus

Drama Bukan Isteri Sempurna di Slot Samarinda TV3

Imej
Assalamualaikum.... Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu ditayangkan  di slot Samarinda TV3 bermula bulan September ini. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan A.Aida Production. Pelakon utamanya ialah Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime. JUDUL : BUKAN ISTERI SEMPURNA EPISOD : - SIARAN : Slot Samarinda TV3 NOVELIS : Tulip Ungu PENGARAH : Azmi Hatta TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan PELAKON Atikah Suhaime sebagai Nina Dazrin Kamaruddin sebagai Danish Arham Mimi Ernida sebagai Azura Aleza Shadan sebagai Datin Rogayah LAGU TEMA / OST BUKAN ISTERI SEMPURNA Lagu : Bukan Isteri Sempurna Artis : Mila Jirin Lagu : Eddie Hamid Lirik : A.Aida Terbitan : Nova Music Link : https://youtu.be/wZQWrrjaPss DRAMA GANDINGAN DAZRIN KAMARUDDIN DAN ATHIKAH SUHAIMIE (GAMBAR DRPD BLOG EDTv) SINOPSIS BUKAN

Zahirah Macwilson Heroin Drama Mencintaimu

Imej
Assalamualaikum....       Hari ni jom kita review pasal heroin drama Mencintaimu, Zahirah Macwilson. Melalui episod pertama yang kita tonton apa pandangan anda tentang aktres tersebut?  Pada pandangan saya dia bakal menjadi perhatian dan lakonan yang ditampilkan oleh Zahirah tampak semulajadi dan mempunyai aura seorang heroin yang diminati. Lakonannya mengingatkan saya kepada seorang aktres yang kini telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu, Fasha Sandha. Biodata Zahirah MacWilson PelakonDrama Mencintaimu di Slot Akasia TV3 Nama Popular : Zahirah Macwilson Nama Sebenar : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson Umur : 20 tahun (2015) Asal: Kuala Lumpur Bangsa : Kacukan Australia – Melayu Kerjaya : Model dan Pelakon Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Curtin, Australia) Drama Lakonan : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (2015) Instagram : https://instagram.com/zahirahmacwilson/ T

Juara Pencarian Nona Manis TV3 - Uyaina

Imej
Assalamualaikum..... Juara Pencarian Nona Manis TV3 yang berlangsung hari ini telah dimenangi oleh Uyaina. Untuk makluman Uyaina adalah seorang pelajar Undang-undang dan nampaknya seorang yang berkeyakinan tinggi. Diharap dapat menjadi pelapis untuk menjadi hos untuk rancangan Nona di masa akan datang. TAHNIAH......

Amalan Sunat Di Hari Raya Aidifitri

Imej
Assalamualaikum... Sempena kedatangan Aidifitri marilah kita sama-sama menghidupkan malam raya dan melakukan amalan sunat di pagi raya dan bulan Syawal ini. 1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah). 2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutamaSembahyang Sunat Tasbih. 3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid. 4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kukuserta memakai pakaian yang paling elok. 5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum kemasjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya. 6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain. Sabda Rasulullah Sallallah

ETS Ekspres Berhenti di 15 Hentian

Assalamualaikum.....     Minggu ni minggu akhir kita berpuasa sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Bagi warga kota yang mempunyai kampung halaman di utara yang mencari alternatif baru untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya bolehlah cuba perkhidmatan daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KTMB memaklumkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ekspres akan berhenti di 15 hentian dari KL Sentral dan ETS Transit akan berhenti di semua 24 ste­sen dari Ipoh termasuk sepuluh hentian baharu.     KTMB dalam satu kenyataan juga memaklumkan, ETS Ekspres yang memulakan perkhid­matannya sejak semalam akan berhenti di 15 hentian iaitu di KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh dan Kuala Kangsar.   “Selain itu tren berkenaan akan turut berhenti di hentian Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan berakhir di Padang Besar,” kata kenyataan tersebut.   Tambahnya, perkhidmatan ETS Transit yang sudah bermula pada 10 Julai (kelmarin) pula ak

Gandingan Pelakon Drama Hati Perempuan dan Kerana Terpaksa Aku Relakan

Imej
Assalamualaikum...   Ada info baru untuk saya update bagi peminat drama bersiri Hati Perempuan dan Kerana Terpaksa Aku Relakan kerana kedua-dua drama ini akan disatukan untuk sebuah drama yang bertajuk Jodoh Ke Uolls. Drama ini akan menemui penonton pada Hari Raya Pertama di TV3 dan masih mengekalkan pelakonnya iaitu Syarul Ridwan, Mia Ahmad, Izreen Azmenda dan Amar Baharin.

Amalan Pemberian Duit Raya

Imej
Assalamualaikum, heee, sejuk kan pagi ni, subuh-subuh td dah hujan.... Pagi ni masa dgr radio ada topik pasal Duit Raya. Hmmm, aku suka topik ni, kalau dah duit raya kita akan masukkan dalam sampul ikut jumlahnyalah kan. Tapi jumlahnya tak payah cerita lah kat sini,nanti org kata riak pulerrr, hehehe. kita ikut lah bajet dan rezeki kita ye, dengan ikhlas hati, kalau ada lebih, bg lebih, kalau kurang,bagi kurang, yg penting nawaitu kita. HUKUM memberi duit raya adalah harus. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.” Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim.Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi haram sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi. Soalan: Apa hukum kita memberikan duit raya di pagi syawal? Jawapan: Bismillah. Ada beberapa isu yang berkaitan dengan hukum memberikan duit raya

Telemovie Hati Perempuan + Rindu Awak 200% Raya

Imej
Assalamualaikum.....    Menjelang Aidilfitri ini pasti penonton menanti-nantikan rancangan dan telemovie istimewa yang bakal disiarkan di tv. Kebanyakannya bertemakan Hari Raya. Syarikat TV juga pasti akan menyajikan rancangan dan program menarik sempena Hari Raya ini.    Bagi penonton yang meminati drama bersiri yang disiarkan melalui TV3 ini iaitu drama Hati Perempuan dan Rindu Awak 200 % akan menemui anda pada 22 Julai ini.. Untuk makluman semua Zul Ariffin dan Ayda Jebat kembalii digandingkan untuk drama Maid dan boleh diikuti siarannya sepanjang bulan puasa ini dari hari Isnin-Jumaat jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.    Jangan lupa untuk menyaksikan gandingan pelakon Syarul Ridwan dan Mia Ahmad dalam Hati Perempuan manakala Zul Ariffin serta Ayda Jebat akan beraksi dalam drama Rindu Awak 200% Raya.

Balik Kampung

Imej
Assalamualaikum... Baru-baru ni  kecoh kat laman sosial  apabila Syed Abdul Aziz Al Qubra, seorang pakar motivasi menyarankan agar warga kota jangan balik kampung menyambut Hari Raya kali ini. Saranan yang saya anggap kurang sesuai dari seorang pakar motivasi ketika ditemuramah sebagai tetamu jemputan program Celik Kewangan : Gaji Oh Gaji dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV 1. Raya Tahun Ini Jangan Balik Kampung      Saranan Syed Abdul Aziz Al Qubra di dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia (TV1) lebih kurang mcam nilah: "Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel. Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah. Balik kampung hanya nak mertua puji..." Budaya balik kampung terutamanya dihari perayaan sebenarnya sudah menjadi

Syurga Nur Drama Baru Slot Akasia TV3

Imej
    Assalamualaikum......       Bermula pada hari ini Slot Akasia TV3 akan membawakan drama baru. Drama terbitan daripada JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri yang berjudul 'Syurga Nur'. Drama bukan daripada adaptasi novel. Dibawah teraju sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang menampilkan pelakon baru Janna Nick yang digandingkan dengan Amar Asyraf. Turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi. Saksikannya bermula 1 Julai nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di saluran TV3 iaitu sebanyak 28 episod.  SINOPSIS SYURGA NUR        Jom kita ikuti sinopsisnya yang mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak

Perkhidmatan Tren Elektrik( ETS) KL-Padang Besar Beroperasi 1 Julai

Imej
Assalamualaikum..... Ini ada berita gembira untuk warga kota yang ingin pulang berhari raya ke utara yang sedang mencari alternatif untuk pulang beraya di kampung. Khabarnya perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini. Presiden Keretapi Tanah Me-layu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan berkata, perancangan operasi telah disiapkan oleh KTMB dan berkemungkinan orang ramai yang ingin pulang ke utara untuk menyambut Aidilfitri boleh menggunakan perkhidmatan tersebut. “Walau bagaimanapun, kami masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum perkhidmatan tersebut boleh digunakan orang ramai. “Setakat ini, hasil perbincangan bersama pihak SPAD menunjukkan gambaran yang amat positif malah kami berharap mereka akan memberi kelulusan secepat mungkin setelah melakukan beberapa siri ujian keselamatan bertujuan menjamin keselamatan penumpang,” katanya. Dalam perkembanga

Kad Diskaun 1Malaysia

Imej
Contoh Kad Diskaun 1Malaysia Kuala Lumpur: Suasana ekonomi yang sentiasa berubah mengakibatkan golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah terhimpit dengan desakan pasaran. Menyedari kesulitan yang dialami rakyat negara ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan enam Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) menerusi kerjasama pintar dengan rakan dagang bagi memberi potongan harga barangan dan perkhidmatan kepada orang ramai.       Melalui inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, enam kad mengikut kesesuaian pengguna diperkenalkan iaitu Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), Kad Privilege 1Malaysia (1MPC), Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Kad Pesara Kerajaan Malaysia dan Kad Bekas Tentera (KBT).       Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, program itu bermatlamat membantu golongan yang memerlukan seperti pelajar, OKU dan pesara memanfaatkan kuasa pembelian optimum. “Ka

Juadah Berbuka di Bazar Ramadhan

Imej
Assalamualaikum...... Alhamdullillah hari ini sudah 12 hari kita berpuasa. Di bulan Ramadhan ni pasti kita terfikir dan tercari-cari juadah untuk berbuka puasa. Selalunya di bulan puasa ni juadah yang mudah diperolehi tentulah di Bazar Ramadhan. Jom kita terjah tengok menu popular kat Bazar Ramadhan. JUADAH BERBUKA PUASA KEBAB DAN ROTI JOHN AYAM GOLEK KAMBING PANGGANG MEE GORENG MAMAK MURTABAK KOEWTIU KERANG IKAN TERUBUK BAKAR

Episod Akhir Drama Dia Isteri Luar Biasa

Imej
Assalamualaikum...      Drama Dia Isteri Luar Biasa melalui slot Akasia TV3 akan melabuhkan tirainya pada minggu ini iaitu pada 30 Jun 2015 (Selasa). Jom kita ikuti episod akhir ini daripada terbitan Pena Creative iaitu produksi milik Puan Ziela Jalil yang membariskan pelakon utamanya iaitu Fathiya Latif dan Shukri Yahya sebagai teraju utama drama ini.

Kacang Botol Goreng

Imej
BAHAN-BAHAN: 300gm kacang botol | dipotong (ikut suka nak potong mcm mana) 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2.5cm belacan | dibakar terlebih dahulu 1-2 tangkai cili merah (klu nak pedas boleh tambah cili api) 1 sudu makan ikan bilis | dibersihkan (klu nak gantikan dgn udang kering pun boleh) 1/2 cawan air (nak kuah lebih tambah air) Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MEMASAK: 1. Tumbuk @ blender bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah, dan belacan hingga lumat. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan kacang botol dan ditumis seketika 4. Akhir sekali, masukkan sedikit air dan perasakan secukupnya. Sedia untuk dimakan.

Fenomena Lagu Kun Anta Oleh Humood AlKhudher

Imej
Assalamualaikum... Sempena dengan bulan Ramadhan ni kita kongsi lagu dari Timur Tengah pulak yang tengah meletop la ni... Penyanyinya adalah Humood AlKhudher. Humood Alkhudher ni penyanyi yang berasal dari kuwait telah menjadi kegilaan sekarang ni. Tambahan pula lagunya iaitu Kun Anta tengah meletup sekarang ni. Kun Anta adalah lagu yang membuatkan nama Humood Alkhudher menjadi terkenal hingga ke malaysia,di samping itu juga lagu Kun Anta berjaya trending di internet dan untuk pengetahuan anda semua lagu Kun Anta mendapat 13,031,736 views di youtube setakat ini. Dibawah saya kongsikan  Biodata   Humood Alkhudher Humood Alkhudher Biodata Nama : Humood Alkhudher Tempat Lahir : Kuwait Tahun Lahir : 1989 Umur 2015 : 26 Tahun Status : Berkhawin Lagu : Kun Anta, Keep Me True, Lughat Al’Aalam Sumber asal :  Biodata Penuh Penyanyi Lagu Kun Anta Humood Alkhudher Lirik lagu Kun Anta  Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم Ketika ingin bersaing d