10 Perkara Yang perlu Dihindari Di Saat Kegawatan Ekonomi

Assalamualaikum.......

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kepada negara dan juga rakyat. Nilai matawang negara kita jatuh merudum dan sehingga semalam, RM 1 bersamaan dengan 4.21 US Dollar.

Kesan daripada ekonomi yang tidak menentu ini, segelintir rakyat Malaysia menerima tempiasnya. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang dibayar gaji rendah, perbelanjaan harian meningkat dan lain-lain.

Jadi berikut 10 perkara yang seeloknya jangan dilakukan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.


1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’



2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai kereta baru, kalau nak jugak ambil logo kereta tu tampal jer  tak mengapa.


3. Jangan bina hutang baru. Yang lama klu boleh kambus/selesai cepat-cepat selesaikan.


4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita pun saat ini sedang susah sebenarnya.


6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa pun bukan dosa.



7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.


8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan selalu belanja makan di luar, nanti tak sempat cukup bulan poket kering.



10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, janganlah harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.



Sumber : Azizul Azli Ahmad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telemovie Hati Perempuan + Rindu Awak 200% Raya

Mr Donut Karamel di TV3