Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Drama Lara Cinta Ameena di TV3

Imej
Tajuk  : Lara Cinta Ameena Mula Tayangan  : November 2016 Masa  : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam Siaran  : Slot Samarinda TV3 Terbitan  : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd Jumlah Episod : 15 Pelakon  :  Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq SINOPSIS LARA CINTA AMEENA Kisah konflik rumah tangga Radhuan dan Ameena disebabkan oleh orang ketiga iaitu Puan Kirana yang merupakan ibu kepada Radhuan. 

Mr Donut Karamel di TV3

Imej
           Drama ini mengisahkan mengenai Anggun Qhairah (Azira Shafinaz), seorang novelis yang banyak menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel. Di kafe itu dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.  Suatu hari, terjadi satu kemalangan yang menemukan Anggun dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi), seorang CEO muda. Lebih malang lagi, cermin mata dan komputer yang mengandungi segala hasil kerjanya rosak gara-gara Faiq. Anggun yang rabun, tidak dapat melihat dengan jelas siapa lelaki yang telah melanggarnya.  Faiq merasa bersalah dan cuba menggantikan menggantikan barang-barang milik Anggun yang telah rosak. Ekoran daripada insiden itu juga hati Faiq telah tertawan dengan Anggun. Faiq mula gila bayang dan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Anggun.  Daripada seorang CEO, Faiq sanggup menukar identitinya menjadi Rafiqi. Atas bantuan adik angkat Anggun iaitu Kamil, Faiq berjaya bekerja seb
Imej
November dan Kenaikan Harga Minyak Mulai 1 November 2016 kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak masak. sebelum ni kan kita selalu dengar tentang kekurangan minyak masak. tup..tup minyak masak naik Bukan sahaja minyak masak yang mengalami kenaikan minyak petrol pun naik. jadi berjimat cermatlah kita. jangan jadi november rain sudah. RON95 : * Naik 15 sen ke  RM1.95  seliter (RM1.80 seliter) RON97 : * Naik 15 sen ke  RM2.30  seliter (RM2.15 seliter termasuk GST) DIESEL : * Naik 15 sen ke  RM1.90  seliter (RM1.75 seliter) EURO 5 : * Naik 15 sen ke  RM2.00  seliter (RM1.85 seliter)
Imej
Drama Suri Hati Mr Pilot Gandingan Fattah Amin dan Neelofa di Astro Ria                       SINOPSIS SURI HATI MR PILOT Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan men