Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Roti Daging Keju

Imej
Bahan-bahan: Roti perancis – dipotong serong @ Roti Sandwich Sepeket daging cincang 2 ulas bawang putih    } 2 ulas bawang merah   } dicencang 1 ulas bawang besar    } Sedikit keju mozarela Sedikit mentega 1 tangkai cili merah     } 1 tangkai cili hijau       } dicencang Campuran herba pedas Serbuk kayu manis Serbuk lada hitam Cara-cara membuat: Gaulkan daging cincang dengan campuran herba pedas, serbuk kayu manis, serbuk lada hitam dan perap seketika. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili yang telah dicencang halus. Masukkan daging dan kacau seketika. Masukkan juga campuran herba pedas, serbuk lada hitam serta serbuk kayu manis. Kacau hingga sebati dan goreng separuh masak. Sementara itu sapukan roti dengan sedikit mentega. Letakkan sedikit daging di atas roti tadi. Taburkan keju di atasnya. Dan bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana hingga masak.
  BERSEMANGATLAH ....... Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesulitan, kerana setiap titis air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap. Seberat manapun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tidak pernah melebihi batas kemampuan kamu. Bersikap tegas pada diri sendiri, buang fikiran negatif dan lakukan yang terbaik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa. Tanpa belajar takkan ada perubahan. Tanpa perubahan bererti mati. Kenangan tetap ada tapi jangan terfokus ke sana. Hidup kita bukan untuk kenangan tapi buat masa depan. Tetap semangat!Cinta tidak memiliki apapun yang kau ingin kau dapatkan, tapi cinta memiliki semua yang ingin kau berikan. Ketika terjadi sesutu masalah lebih baik segera menyelesaikannya dengan mencari penyelesaian bersama daripada saling menyalahkan. Kesabaran merupakan ubat terbaik bagi segala kesulitan. Seseorang yang berjaya takkan pernah berhenti untuk berusaha dan orang yang

Cara untuk Menguruskan Badan Dengan Air Detox

Imej
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita ha

Menyingkap Rahsia Doa

Menyingkap Rahsia Doa “Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah. Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna. Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, n