Assalamualaikum..... Kepada peminat drama bersiri Slot Lestary di TV3 drama Kau, Aku, Kita yang diadaptasi dari novel karya Orkid Edyliyne akan menemui penonton bermula 28 Oktober 2015 ini. KAU, AKU, KITA EPISOD : 13 TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 SIARAN : Slot Lestary TV3 NOVELIS : Orkid Edyliyne SKRIP: Rehal Nuharis PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd PELAKON UTAMA : Syarul Ridzwan & Janna Nick SINOPSIS NOVEL KAU, AKU DAN KITA Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (watak lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (watak perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’. Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pil...
Ulasan
Catat Ulasan