ETS Ekspres Berhenti di 15 Hentian
Assalamualaikum.....
Minggu ni minggu akhir kita berpuasa sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Bagi warga kota yang mempunyai kampung halaman di utara yang mencari alternatif baru untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya bolehlah cuba perkhidmatan daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KTMB memaklumkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ekspres akan berhenti di 15 hentian dari KL Sentral dan ETS Transit akan berhenti di semua 24 stesen dari Ipoh termasuk sepuluh hentian baharu.
KTMB dalam satu kenyataan juga memaklumkan, ETS Ekspres yang memulakan perkhidmatannya sejak semalam akan berhenti di 15 hentian iaitu di KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh dan Kuala Kangsar.
“Selain itu tren berkenaan akan turut berhenti di hentian Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan berakhir di Padang Besar,” kata kenyataan tersebut.
Tambahnya, perkhidmatan ETS Transit yang sudah bermula pada 10 Julai (kelmarin) pula akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar termasuk 10 hentian baharu.
Hentian baharu berkenaan adalah di Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kemunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
“Sementara itu, bagi laluan tren ETS Ekspres, tren akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 9.30 pagi dan tiba di Padang Besar pada pukul 3 petang dengan harga tiket RM80 sehala.
“Bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral pula, tren akan bertolak pada pukul 4 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada 9.15 malam juga RM80 sehala,” jelas kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, bagi laluan Ipoh-Butterworth, tren akan berlepas pada pukul 5 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 6.50 pagi dengan harga tiket RM23 sehala dan dari Butterworth-Padang Besar tren akan bergerak pada pukul 7.30 pagi dan tiba pada pukul 9.15 pagi (RM21 sehala).
Dari Padang Besar pula tren bertolak pukul 2 petang dan tiba di Butterworth pada 3.45 petang dengan harga tiket RM21 untuk sehala dan Butterworth-Ipoh pula pada pukul 5 petang dan tiba pada 6.50 petang (RM23 sehala).

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp
Ulasan
Catat Ulasan