Amalan Pemberian Duit Raya


Assalamualaikum, heee, sejuk kan pagi ni, subuh-subuh td dah hujan....

Pagi ni masa dgr radio ada topik pasal Duit Raya.
Hmmm, aku suka topik ni, kalau dah duit raya kita akan masukkan dalam sampul ikut jumlahnyalah kan. Tapi jumlahnya tak payah cerita lah kat sini,nanti org kata riak pulerrr, hehehe. kita ikut lah bajet dan rezeki kita ye, dengan ikhlas hati, kalau ada lebih, bg lebih, kalau kurang,bagi kurang, yg penting nawaitu kita.

HUKUM memberi duit raya adalah harus. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.”


Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim.Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi haram sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi.

Soalan: Apa hukum kita memberikan duit raya di pagi syawal?

Jawapan: Bismillah.

Ada beberapa isu yang berkaitan dengan hukum memberikan duit raya di pagi Syawal. Pertama tentang hukum bersedekah, kedua tentang menetapkan 1 syawal sebagai hari bersedekah.Keutamaan bersedekah

Sedekah merupakan satu tuntutan di dalam Islam, di mana dalam banyak hadis Nabi SAW juga di dalam Al Quran secara umum,


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Ertinya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai menghasilkan seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (surah Al-Baqarah, 2: 261)


Maksudnya bersedekah atau infaq pada jalan Allah SWT merupakan satu amalan yang ganjarannya sangat besar dan ia bertambah-tambah.

Begitu juga di dalam hadis Nabi SAW bersabda, تهادوا تحابوا


Ertinya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah nescaya kalian saling mencintai.” (riwayat Al-Bukhari dalam Al Adab al Mufrad, hasan)


Maka salah satu cara untuk menghubungkan silaturrahim adalah dengan melalui sedekah. Maknanya hukum asal bersedekah adalah harus dan dituntut dalam Islam.

Sedekah dan Niat

Apapun semuanya terletak pada NIAT, jangan menunjuk nunjuk berlapang  dada, bagi mana yang kita rasa cukup dan ikhlas pada kita,insyaAllah, jangan lah kita rasa terbeban bila bagi duit raya,
jangan rasa " eh aku ni nanti, bg duit raya kat anak org, nanti aku x cukup
duit pulak cukup bulan, gaji lambat lagi ni " hah jangan gitu,
Rezeki tu Allah yang beri, insyaAllah,. Semoga urusan kita di permudahkan ye..

Kalau ada yang tersilap mohon diperbetulkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telemovie Hati Perempuan + Rindu Awak 200% Raya

Mr Donut Karamel di TV3