Drama Bukan Isteri Sempurna di Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum....
Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu ditayangkan  di slot Samarinda TV3 bermula bulan September ini. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan A.Aida Production. Pelakon utamanya ialah Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime.

JUDUL : BUKAN ISTERI SEMPURNA
EPISOD : -
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan


PELAKON
Atikah Suhaime sebagai Nina
Dazrin Kamaruddin sebagai Danish Arham
Mimi Ernida sebagai Azura
Aleza Shadan sebagai Datin Rogayah


LAGU TEMA / OST BUKAN ISTERI SEMPURNA
Lagu : Bukan Isteri Sempurna
Artis : Mila Jirin
Lagu : Eddie Hamid
Lirik : A.Aida
Terbitan : Nova Music
Link : https://youtu.be/wZQWrrjaPss


DRAMA GANDINGAN DAZRIN KAMARUDDIN DAN ATHIKAH SUHAIMIE
(GAMBAR DRPD BLOG EDTv)
SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mr Donut Karamel di TV3

Telemovie Hati Perempuan + Rindu Awak 200% Raya