Gempa Bumi di Sabah Pengajaran Buat Kita
Assalamualaikum...
Tanggal 5 Jun 2015 merupakan satu dugaan besar kepada Malaysia, khususnya negeri di bawah bayu, Sabah. Gegaran sekuat 5.9 skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat di negeri ini khususnya daerah Ranau yang terjejas teruk.
Malah, kejadian gempa bumi yang tidak disangka ini meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa yang terdiri daripada pendaki dan malim gunung. Walaupun sebelum ini kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Nepal kita tidak menyangka dalam tempoh terdekat negara kita akan dilanda dengan ujian ini.
Adakah kita seringkali lupa mengapa ujian ini Allah duga kepada hambanya? Kerana ALLAH YANG BERKUASA atas sesuatu itu.Setiap sesuatu itu ada pengajaran yang boleh kita ambil. Walaupun kejadian gempa bumi ini tidak pernah terjadi di negara ini tetapi apabila DIA mengkehendakinya kita sebagai hamba-NYA hendaklah redha.
Semoga kita dapat menginsafi diri dan diberi ketabahan untuk menghadapi segala ujian dari-NYA

Ulasan
Catat Ulasan